The ABC’s of Punk #1
………………………………………...
A is for ANTI-CIMEX
………………………………………...
ANTI-CIMEX ialah sebuah band hardcore dari Sweden yang paling famous dan paling berpengaruh. Walaupun pengaruh Discharge agak tebal dalam band ni, stail muzik Anti-Cimex jadi batu asas dan mendefinasikan stail Swedish D-Beat dan Scandinavian D-Beat yang masih diikuti sampai hari ni. Anti-Cimex juga sebahagian dari gelombang D-Beat di Sweden pada awal ‘80an yang melahirkan bands macam Shitlickers, Disarm, Mob 47, Avskum, Moderat Likvidation, Discard, Asocial, Protes Bengt dan banyak lagi. Piring hitam “Raped Ass” ini ialah salah satu record stail D-Beat paling awal pernah dirakam.
Tahun aktif:
1981-1986; reformed 1990-1993
Asal:
Gothenburg, Sweden
Stail muzik:
Hardcore, D-Beat, Råpunk
Influences:
Discharge, GBH, Disorder, Chaos UK, Motorhead, Black Sabbath
Original line-up:
Vocals - Nillen (?), Guitar - Jocke (15 tahun), Bass - Jonsson (18 tahun), Drums - Charlie (17 tahun)
Album/release paling best & wajib beli/download:
ANTI-CIMEX — Raped Ass 7” EP (A-Records, 1983)
Lagu paling gempak:
"War Machine"
Trivia:
Nama band ni dicuri dari nama satu syarikat penghapus makhluk perosak di Sweden.
FAHMI REZA