Quantcast
Channel: KRENMAUT
Viewing all articles
Browse latest Browse all 326

Ijtima Cikampek, Indonesia dan 3 hari di Cibubur, Jakarta

$
0
0
Kami jemaah seramai 8 orang dari kawasan Ipoh mula bertolak ke Jakarta pada 17hb May 2013. Amir perjalanan dilantik dan beliaulah yang menjaga hal ehwal kami.

Kami sampai di tapak ijtima pada 11pm hari yang sama. Subhanallah, ramainya manusia tetapi kami telah terlepas program utama waktu maghrib. Ramai yang telah mula beristirehat. Saya kira-kira antara 50,000 - 70,000 orang.

Kami ditempatkan di kawasan khas untuk jemaah foreign. Layanan ekstra istimewa jika dibandingkan dengan jemaah tempatan. Itulah hak tetamu.

Keesokannya program bersambung pada waktu Subuh dengan bayan (kata-kata nasihat). Dan saya telah duduk dalam setiap program yang berjalan.

Nak explain panjang lebar pun tak ada daya kerana susah payah dan kesannya hanya terasa pada mereka yang hadir. Saya menasihatkan anda pun dapat hadir dalam ijtima sebegini apabila ia dijalankan di kawasan sekitar anda satu hari nanti.

--------------------------------

Selepas itu kami terus dijemput oleh penduduk sebuah kawasan yang bernama Cibubur, berdekatan dengan Jakarta untuk buat usaha masjid selama 3 hari. Alhamdulillah, penduduknya sangat ramah dan berbesar hati menerima kami.

Kawasan sekitar masjid ini kebanyakannya beragama Kristian (80%). Namun begitu masih ramai juga orang Islam yang perlu kami jumpa dan ajak mereka dalam usaha iman dan amal ini.

Nak tau orang Islam atau tidak, tidak cukup dengan beri salam kerana orang Kristian di sini pun boleh menjawab salam dengan baik. Perlu ditanya samada anda Islam atau tidak sebelum berbicara.

Ramai yang bagi niat untuk keluar 40 hari. Kebanyakan mereka tidak cukup wang walaupun masa banyak (kerja sendiri). Kami nasihatkan mereka untuk doa dan usaha kerana hanya Allah s.w.t. saja yang boleh bagi cukup.

Lain-lain layan gambar je le ye...

Tabung masjid

Mesyuarat dengan orang tempatan sebaik saja tiba di masjid.

Solat maghrib bersama orang tempatan

Rehat ketika sesi taklim fadail amal

Seni binaan yang nusantara

Rehat dulu minum

Pintu utama. Masjid ini tidak dibenarkan ditutup oleh Pengerusi. Inilah yang sepatutnya.

Ada kolam ikan sepat di sebelah masjid

Beranda untuk bersembang dan rehat-rehat

Baca fadail amal selalu pun tapi amal tak bertambah. Tanda perlukan lagi hidayat.

Lorong-lorong di sekitar masjid

Walaupun banyak lorong kecil tetapi bersih

Taklimi gash bersama penduduk tempatan

Bacaan kitab fadail amal untuk warga masjid

Doa selepas maghrib sebelum sesi bayan

Pembayan maghrib walaupun demam-demam teruskan juga
Saya tahu ada antara pembaca blog ini yang ada keinginan untuk keluar 3 hari. Saya katakan, keluar aje. Selagi tak keluar, mana nak tau. Pedulikan apa yang anda dengar dari orang lain.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 326

Trending Articles