Saya diperkenalkan kepada Malmsteen begitu awal, sebelum akil baligh lagi. Maka ada ikatan istimewa antara beliau dengan saya. Saya akan katakan, haters can go to h**l, kepada pembenci, penyindir dan shred-wannabe-tapi-main-dalam-biliktidur-saja-sampai-reput. Malmsteen pada saya istimewa bukan saja kerana beliau adalah antara gitaris rock yang mempelopori shred neo-klasikal tetapi kekal dengannya sampai sekarang, tanpa terkesan dengan apa-jenis-monyet shred yang ada sekarang.
Album ini terpilih kerana jika dibandingkan dengan album pertama, ia lebih ada telur. Hatta, lagu dengan lirik setan yang menyebabkan band Black Metal jadi segan pun ada, iaitu Disciples of Hell. Bukan, sebenarnya album ini adalah album pertama beliau yang saya miliki, maka sudah tentulah yang pertama paling dikenang-kenang. Jika anda sebaya dengan saya, anda pasti ingat video live yang keluar pada zaman itu yang mana kebanyakan lagu dalam album ini yang dimainkan. Ingat?
Maka, lagu-lagu seperti I'll See The Light Tonight, Don't Let It End, I Am A Viking, On The Run Again dan Soldier Without Faith hanya perlu dimainkan intro 5 saat je, terus di fikiran kita termain secara automatik keseluruhan lagu tersebut. Semua lagu tersebut adalah sangat cathcy, sangat ballsy dan sangat shred. Inilah sebabnya mungkin, apa-jenis-monyet shredder di luar sana berasa sangat dukacita dan putus asa untuk menyainginya.
Walaupun apa-jenis-monyet shredder di luar sana cepat untuk membandingkan album ini dengan album-album Malmsteen terbaru yang dikatakan sebagai duduk di takuk lama tapi hello? Bukankah anda sudah menerima hakikat diri anda sebagai apa-jenis-monyet shredder? Tiada relevan lagi untuk berdebat.
Malmsteen adalah untuk selama-lamanya (dan Jeff Scott Soto). Habis cerita.